Mentafsir Data

MENTAFSIR MAKLUMAT / DATA

Adalah kemahiran untuk mentafsirkan data-data yang telah dikumpul berdasarkan jadual, carta dan gambarajah dengan memberikan penerangan atau ulasan yang logik mengenai sesuatu pemerhatian, ujikaji dan pembolehubah.
 
Berikut adalah kata kunci atau ayat yang biasa diajukan pada soalan berkaitan dengan Kemahiran Mentafsir Data



Kunci Soalan
Kunci Jawapan
Pola / corak
Menyatakan Pola / corak yang dikumpul
Bertambah , berkurang atau mendatar
Tujuan
Menyatakan tujuan penyiasatan
Menyiasat hubungan antara
…………(pm)………… dengan ………(pb)………
Hubungan / kesimpulan
Hasil/bukti kebenaran hipotesis setelah diuji melalui eksperimen
Semakin …….(pola )…….(pm)
Semakin …….(pola )…….(pb)

Rumusan
Ulasan / penerangan lengkap yang melibatkan PM dan PB semasa ujikaji
Boleh menggunakan ayat yang sama seperti menjawab soalan Hipotesis, hubungan , 
 kesimpulan


Contoh

Sekumpulan murid telah mengumpul maklumat tentang pengeluaran hasil penanaman strawberi di sebuah kebun. Jadual di bawah menunjukkan catatan mereka. 




Suhu (ºC)
15
18
21
24
27
30
Bil Strawberi
14
17
22
22
22
19

Contoh Soalan dan Jawapan


Soalan
Nyatakan corak / pola tentang bilangan strawberi
Jawapan
Bertambah , mendatar dan berkurang
Soalan
Apakah tujuan penyiasatan ini
Jawapan
Menyiasat hubungan antara suhu dan bilangan strawberi
Soalan
Apakah hubungan antara suhu dan bilangan strawberi
Jawapan
Semakin bertambah suhu
Semakin bertambah bilangan strawberi, sehingga suhu antara 21 dan 27 bilangan strawberi tidak berubah, dan menurun selepas suhu 27
Soalan
Tuliskan rumusan berdasarkam maklumat di atas.
Jawapan
Bilangan strawberi paling banyak jika ditanam pada suhu antara 21 ºC hingga 27 ºC.

3 comments: