Meramal



Meramalkan atau menjangkakan apa yang akan berlaku dengan mengektrapolasikan data yang diberi.

Murid perlu kenalpasti pola / corak data dan menggunakan kemahiran matematik untuk tujuan pengiraan

Contoh Soalan

Ahmad telah menanam dua pokok cili ke dalam 2  pasu yang berasingan. Pokok Cili di dalam Pasu A telah diletakan di bawah sinaran matahari manakala Pokok Cili dalam Pasu B ditutup dengan sebuah kotak hitam.


Ramalkan apa yang akan berlaku pada pokok cili dalam pasu B selepas satu minggu ?

Mati / layu



Sekumpulan murid telah mengumpul maklumat tentang bilangan ketulan ais dan suhu air. Jadual di bawah adalah hasil catatan mereka.



Bil Ketulan Ais

Suhu Air (ºC)

0


2


4


6


8

60


55


50


45


40



Ramalkan suhu air jika 12 ketulan ais dimasukan kedalam bekas tersebut?

Jawapan = 30 ºC

(Setiap 2 ketulan ais suhu air akan berkurang sebanyak 5ºC)

0 comments:

Post a Comment